Friday, October 20, 2017

Lawatan Penandaarasan SMK Seri Tanjung Ke Galeri Warisan dan Galeri Seni

Pada 11 Oktober 2017 (Rabu), Jam 2.30 petang, sekolah telah menerima kunjungan daripada 7 orang guru dari SMK Seri Tanjung yang membuat penandaarasan ke galeri kami. Tujuan kunjungan mereka adalah bagi melihat pentadbiran dan pengurusan Galeri Warisan SMK Tinggi Pere,puan kerana mereka bercadng untuk menubuhkan galeri sempena sambutan 50 tahun penubuhan SMK Seri Tanjung. Semoga kehadiran mereka ke sini serta perkongsian yang kami berikan dapat menjadi titikbermula kearah penubuhan Galeri Sejarah sekolah mereka dan akhirnya menjadi sebagai warisan yang dapat dimanafaatkan oleh seluruh warga sekolah khususnya dan komuniti setempat amnya.


Mengabadikan kenangan di dalam Galeri Warisan

Bergambar di dalam Galeri Seni


Salam Perpisahan di hadapan Galeri Seni



Tuesday, October 10, 2017

Keputusan Pertandingan Galeri Sejarah 2015/2016




Alhamdulillah , usaha dihargai dan hadiah diterima pada Mesyuarat Tahunan Persatuan Sejarah Malaysia yang ke 61 pada 27 Ogos 2016 (Sabtu) di Wisma Sejarah Kuala Lumpur.

Terima Kasih kepada Mantan Pengetua SMK Tinggi Perempuan Melaka, Puan Sri Hajah Norliah bt Adam kerana telah memberi sepenuh kepercayaan kepada saya, Pn Hajah Alimah bt Mohd Zain semasa itu PK Hal Ehwal Murid bersama dengan warga sekolah bersama membangunkan dan mengemaskini Galeri yang ada kepada lebih berformat dan terarah mengikut format yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pertandingan.

Semoga Galeri Warisan Sejarah SMK Tinggi Perempuan dapat terus berkembang dan memberi manafaat kepada warga sekolah khususnya dan masyarakat luar amnya.
Diharap generasi muda akan meneruskan mencipta sejarah dan mencatat kejayaan agar sekolah terus unggul dan ternama.








Penilaian Pertandingan Galeri Sejarah Sekolah 2015/2016

Pada 10 Mei 2016, sekolah telah didatangi oleh Hakim penilai Pertandingan Galeri Sejarah Sekolah peringkat Kebangsaan.  Sekolah telah dinobatkan menjadi Johan pertandingan peringkat negeri dan kini dinilai untuk peringkat kebangsaan. Terima kasih kepada hakim penilai daripada Persatuan Sejarah
1.  Datin Hj Zuraidah Mohamad
2.  Dato Hj Abdul Rahman Yeop
3.  Tuan Ismail Tuan Mohamad.

Semoga galeri ini memdapat tempat dalam pertandingan tersebut.